DATANG DENGAN MATLAMAT PULANG DENGAN MAKLUMAT

WAKTU BUKA

  • PSS dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti am) dari pukul 7.30 Pagi hingga 4.30 Petang 


KEAHLIAN 

  • Semua pelajar, guru serta kakitangan SMKSA ialah ahli PSS secara automatik
  • Setiap ahli diwajibkan untuk mempunyai 'I-KAD' bagi urusan peminjaman dan pemulangan bahan 
  • Para ahli hendaklah menggunakan I-KAD sendiri untuk sebarang urusan peminjaman dan pemulangan bahan di PSS. Kad ini tidak boleh dipindah milik.
  • I-KAD boleh diperoleh di perpustakaan dengan harga RM2.50 (bawa bersama-sama gambar berukuran passport)


SYARAT-SYARAT PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN 

  • Maklumat pinjaman bahan adalah seperti berikut: 


Kategori
Bil. Buku
Tempoh
DENDA LEWAT (SEHARI)




F/BF
Red Spot
Pelajar
2
7 Hari
RM0.20
RM0.50
Pengawas PSS
5
14 Hari
RM0.20
RM0.50
Guru
5
1 Bulan
RM0.20
RM0.50
Staf
2
14 Hari
RM0.20
RM0.50


  • Keselamatan dan kebersihan buku yang dipinjam adalah dibawah tanggungjawab peminjam.
  • Pastikan buku yang hendak dipinjam telah melalui proses peminjaman di Kaunter Sirkulasi.
  • Mengeluarkan buku secara tidak sah dari PSS adalah dianggap sebagai MENCURI dan tindakan disiplin akan diambil.
  • Buku berbintik merah (RED SPOT) BOLEH dipinjam untuk 24 jam (1 Hari)


CARA MEMINJAM BAHAN 

  • Tentukan buku yang hendak dipinjam 
  • Kesan dan ambil buku tersebut di rak
  • Tunjukkan I-KAD di Kaunter Sirkulasi
  • Pengawas PSS akan mengimbas I-KAD tersebut dan buku yang ingin dipinjam
  • Terima buku yang telah dipinjam dan bawa keluar dari PSS


KETENTERAMAN SEMASA DI PSS

  • Pelajar dikehendaki beratur ketika hendak masuk dan keluar serta ketika melakukan aktiviti peminjaman dan pemulangan bahan.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuat bising di luar PSS
  • Semua pelajar dikehendaki mematuhi arahan daripada PENGAWAS PSS dan jika ada pelajar yang melawan atau mengingkarinya, tindakan tatatertib akan dibenarkan.
  • Pelajar yang melanggar arahan dan disiplin PSS akan dikenakan tindakan disiplin yang bersesuaian dengan kesalahan tersebut. Laporan e-disiplin juga akan dibuat.


LAIN-LAIN 

  • Peraturan ini mestilah dipatuhi oleh semua pengguna setiap masa.
  • Semua peraturan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

PERANCANGAN AKTIVITI

GALERI PSS